Cara Untuk Mereka Risalah yang Profesional dan Elegan dengan Menggunakan MS Powerpoint

Cara untuk mereka Risalah yang Profesional dan Elegan dengan menggunakan MS Powerpoint.

Hello semua. Hari ini kita akan belajar cara mereka risalah dengan cara profesional dan elegan. Kita bermula dengan membuka aplikasi Powerpoint. Dari situ, pilih Presentation Kosong, kemudian klik Layout Blank>Design>Slide Size>Custom Slide Size, kemudian masukkan saiz A4.

Bagi memastikan risalah kita seimbang, kita akan melukis tiga segi empat tepat, kemudian mengubahsuai bentuk segi empat itu untuk merangkumi layout A4 kita.Setelah menempatkan kesemua segi empat itu di tempat yang betul sila pilih No Outline. Dari sini, anda boleh mengubahsuai warna segi empat itu mengikut citarasa anda dan rekaan anda.Langkah ini boleh dikecualikan dan anda boleh membuat sempadan sebagai petunjuk untuk rekaan anda. Anda boleh buat Tajuk (HeadBoard) dengan cara melukis segi empat di bahagian atas layout anda.

Anda boleh mengubahsuai segi empat ini untuk membuat lengkungan atau bentuk lain. Untuk memasukkan gambar, klik Insert Image. Dari sini, anda boleh mengubah posisi dan saiz gambar anda. Pada ketika ini, anda boleh mereka risalah anda mengikut suka hati anda. Tips tips di atas hanyalah permulaan. Setelah anda selesai dengan rekaan anda, anda boleh menyimpan rekaan anda dalam format PDF. Ini untuk memastikan rekaan anda sentiasa jelas dan cantik. Terima kasih!

Pada ketika ini, anda boleh mereka risalah anda mengikut suka hati anda. Tips tips di atas hanyalah permulaan. Setelah anda selesai dengan rekaan anda, anda boleh menyimpan rekaan anda dalam format PDF. Ini untuk memastikan rekaan anda sentiasa jelas dan cantik.

Terima kasih!